[---~*enter-tainment blog*~---]
[---~*enter-tainment blog*~---]
previous entry
refresh this blog
next entry
time to move on
my blog has been revamped into the fresher, snazzier 'sensasi selebriti'. you are cordially invited to grace your presence at the new blog. click here
www.budiey.com
blog foto selebriti & hiburan
friday, december 10, 2004
anuar zain & dayang nurfaizah @ planet hollywood
hujan malam itu sungguh mendinginkan. jalan-jalan basah dan lembap dengan rintik hujan masih bersisa. ahad, malam isnin... tiada apa yang ada dalam kepala peminat anuar zain selain dari agenda shownya di planet hollywood untuk minggu pertama. saya dikenakan hadir untuk meninjau sejauh mana kehebatan aura anuar berpadu dengan dayang. suatu yang sukar diduga apakah yang bakal berlaku jika dua sahabat itu disatukan dalam pentas yang sama.saya keluar dari rumah jam 8.30 malam dan sampai di bukit bintang setengah jam kemudian. sampai sahaja disana, saya terus menghubungi kawan saya, nicky yang katanya sudi menemani saya untuk menyaksikan idolanya, anuar zain. saya tidaklah sampai menjadikan anuar sebagai idola tetapi saya cukup teruja mendengar suara lantangnya membawa lagu. itu sahaja.jam 9 malam, peminat kelihatan telah ramai mambanjiri area. lebih kurang 100 orang sudah beratur panjang di hadapan planet hollywood sehingga ke hadapan coffee bean di kl plaza. sabarnya mereka beratur untuk membeli pas masuk rm35 dengan segelas soft drink. bagi malique, bayaran untuk persembahan di logistik yang tidak seluas mana ini, dengan lenguh berdiri, dengan orang bersesak-sesak, dengan panasnya bak berkurung dalam bilik sauna, mungkin ada yang bersetuju dengan saya yang merasakan ianya tidak berbaloi sama sekali. dengan orang ramai sebegini pasti suasana di dalam bagaikan tin sardin. ketat, rimas dan berlengas panas! tidak pernah saya melihat orang sebegini ramai di sini. jalan laluan star walk menjadi kian sempit dengan longgokan peminat yang tidak mahu terlepas peluang ini. saya tidak beratur kerana saya sudah mempunyai 'pas masuk'. kalau fikir dua kali pun, saya sanggup bayar walau tidak memegang 'pas percuma'. saya akan datang juga untuk menyaksikan persembahan anuar kerana saya tidak akan ke sini pada minggu kedua. ini adalah masanya yang sesuai. tetapi, bila dah ada 'pas percuma' tu, masuk sahajalah tanpa menunggu lama-lama di luar. selepas masuk, saya tidak berganjak untuk melangkah keluar lagi. takut terperangkap nanti.seperti mana yang saya buat ketika menunggu persembahan sunday nite live sebelum ini. selepas masuk ph, saya akan keluar lagi untuk mengambil angin di luar. tetapi itu tidak akan dibuat untuk show anuar. kemana lagi saya nak pergi kalau dah pukul 9 malam pun orang kat dalam ph tu dah penuh? alamatnya... berdirilah sampai lenguh sambil menanti dan menanti dalam keadaan dihimpit dengan himpitan-himpitan yang menyesakkan itu. saya bernasib baik kerana mendapat 'port' yang strategik iaitu di atas speaker besar lagi tinggi di sebelah kanan pentas. cuma muat-muat untuk tiga orang sahaja. dua lagi adalah 'kembar tak seiras' dari sunway dan kedua-duanya adalah peminat fanatik anuar. cerita sahaja mana show anuar yang dia tak pegi... semua tempat dia pergi. mulanya, ingat kena marah kat bonzer yang badan macam 'incredible hulk' tu. tetapi diorang pun faham dan 'sporting' dengan keadaan kami. jadi apa lagi, saya selamat dari dihimpit. cukup santai duduk atas speaker tu sampai habis show. ade ke patut ada sorang kakak tu nak duduk jugak atas speaker. kesian jugak kat dia sebab ruang duduk atas speaker tu sempit je. takkan muat untuk badan kakak tu yang dua kali ganda dengan badan saya!untuk persembahan penutup 2004, ramai juga jemputan dari kalangan artis dan selebriti yang datang. antaranya ialah ketua pegawai eksekutif tv3, datuk farid ridzuan, pelakon jelita, nanu baharuddin, dan umie aida. (setakat menyenaraikan beberapa nama.)
saat anuar dan dayang muncul di pentas tepat jam 10.45 malam, teriakan dan tepukan bergema dengan cukup kuat. itu menandakan peminat sudah tidak sabar untuk melihat mereka beraksi. saya meminta maaf kepada pembaca kerana saya tidak banyak menceritakan tentang lagu-lagu dayang diruangan ini. ini kerana saya rasa dayang terlalu banyak muncul di persembahan di sunday nite live. itu tidak dikira ketika shownya di waktu petang dan pelancaran album. lagu bawaan anuardimulakan dengan lagu raya klasik anuar dan elina ketika zaman budak-budak dulu, suasana di hari raya sebagai pemanas suasana. walau lagu itu sudah lapuk, tetapi iramanya segar dalam hati peminat. tidak hairan lagu ini satu-satunya lagu permintaan ramai untuk diperdengarkan oleh anuar. nak tahu juga macamana suara anuar masa dulu dan sekarang. sungguh meriah dengan keceriaan yang terpapar di wajah anuar dan senyuman manis dayang. mereka tampil dengan pakaian sopan macam nak pergi beraya la pulak. anuar segak dengan baju melayu johor dan dayang pula anggun dengan baju kurung warna perak metalik.
selepas lagu raya yang turut dinyanyikan bersama yang hadir, mereka berceloteh seketika sambil melambai-lambai tangan tanda terharu kepada yang sanggup berdiri kat belakang, kiri dan kanan. mereka juga bertanya khabar kepada peminat yang tengah "ooooo... yeeee...." berteriak. masing-masing macam kena sampuk kat hantu. tak terkecuali budak dua ekor yang dok kat sebelah saya tu. sungguh riuh sehingga mengalahkan sound system. dayang tak lupa mengucapkan selamat hari raya lantaran masih lagi berada di syawal yang mulia ini.
persembahan anuar diteruskan dengan lagu kaulah satunya dengan dayang masih lagi berada di sisinya menari-nari anak. lagu midfast yang cukup popular ketika zaman kelahiran semula anuar dipentas seni suara sekitar 1998 didendangkan bersahaja. tidak nampak all out sangat kerana anuar memang nampak sempoi. tetapi sekali tengok dia macam nak kontrol macho ketika korus tinggi. satu perkara diingatkan bahawa jangan kecewa dengan mutu sistem bunyi di pusat hiburan sebegini kerana sudah macam itu bunyinya. saya tahu ramai audien yang kecewa dan terkilan kerana bunyi yang macam speaker pecah dan tidak seimbang. kalau anda berdiri di belakang pentas lagilah ketara bunyinya memang tidak enak langsung.
lagu bila resah dibawa sejurus selepas itu cukup mempunyai kesinambungan dimana kedua lagu adalah dari album yang sama dan genre yang sama. ternyata lagu ini lebih menyerlah identiti gaya pop anuar. bila resah, ingat saat indah...bila rindu, ku nyanyikan lagu mu...sehari ku rasa bagaikan setahun...menunggu tibanya oh bahagia... liriknya ringkas tetapi padan dengan irama yang membuat kita bergoyang sama.
saya boleh mengagak yang anuar mesti terkejut dengan sambutan yang hangat dari peminat. nampak beliau terkejut sehingga terduduk ke pentas macam orang nak pengsan tengok peminatnya yang begitu ramai. mikrofon sering bertukar tangan, sekejap dayang nyanyi dan sekejap dayang jemput anuar ke pentas. keadaan begini berlanjutan sehingga satu masa dayang berduet dan ada juga slot untuk mereka bertuka-tukar lagu. segmen paling menarik ketika anuar menyanyikan lagu-lagu dayang dan dayang juga menyanyikan lagu-lagu anuar. ini penting untuk mencipta kelainan atau gimik. kalau tidak nanti peminat boring.
suasana bertambah gempar dek penangan lagu berhantu lagi 'membunuh', jangan bersedih lagi. lagu ciptaan boon tan dan lirik oleh amran omar ini menjadi porte kegemaran saya sejak dulu kerana irama serta struktur melodi yang indah mendayu. apatah lagi, lagu ini juga pernah dibawa oleh bob af2 dengan cemerlang sekali. semua ini mempengaruhi jiwa sentimental saya sebagaimana tajamnya kata-kata di korus: kekasihku aku tahu... kita sama saling percaya...tidak pernah...ada dusta...kasih antara kita... jangan berduka (kekasihku)...jangan berdendam pada sesiapa... bersabarlah... menerima segala-galanya dengan redha.
lagu permata juga tidak kurang hebatnya kerana pernah dinyanyikan oleh burn di konsert af1. tetapi sayang tidak banyak mendapat kesan dihati peminat.
antara lagu duet yang didendangkan pusaka rimba, kini bebas, get here, kita insan biasa dan inikah cinta. dalam banyak-banyak lagu, kini bebas dan get here lebih menonjolkan kekuatan vokal anuar dan dayang berpadu. ternyata pemilihan lagu amat penting supaya telinga yang mendengar tidak terencat. tidak semua lagu duet boleh diserasikan dengan mereka.
apa-apa pun, sususan semula melodi turut menjerat saya terutamanya untuk lagu selagi masih ada cinta yang dibawa dalam versi jazz. hebat juga si puteri dari bumi kenyalang ini mengubah suai lagu dengan citarasa pendengar. dalam rentak jazz, 'rasa' dan penghayatan lagu lebih menimbulkan kesan sentimental mendalam.
tidak kurang menyentuh rasa, lagu dari penyanyi indonesia, ruth sahanaya kaulah segalanya juga disampaikan dengan baik oleh dayang. lenggok yang berbeda dan punya kemanisan tersendiri. namun, saya lebih suka ketika anuar membawa lagu yang sering membunuh hati iaitu lagu januari. saya rasa ini adalah kemuncak kejutan kerana inilah pertama kali saya mendengar lagu ciptaan glen ini ditangan anuar. semuanya turut bungkam dan ada yang histeria kerana tidak percaya lagu 'kaer' ini bergema. penonton yang beremosi terus aje lentok dan tak kurang ramai yang turut menyanyi sama.
di garisan lima belas minit yang terakhir, slot yang biasa dibuat oleh anuar terus mencorak suasana riuh. dulu pernah saya tengok anuar bawa lagu ning baizura dan siti nurhaliza. suka sangat dia bawa lagu orang pompuan. dayang cakap yang dia minat lagu anuar dan begitu juga anuar yang gemar dengan lagu dayang. jadi, apa salahnya sekali sekala kita dengar lagu dayang dibawa dengan stail anuar. anuar memilih dua lagu popular dayang iaitu hakikat cinta dan di sini bermula. manakala dayang pula mengalunkan sesucinya cintamu dan rindu belaian yang mengundang sorakan gemuruh yang amat!
kata penutup
nampaknya, tirai 2004 dilabuhkan dengan begitu indah ronanya dan bermakna sekali dengan persembahan yang hebat dari dua penyanyi r&b ini. ianya menjadikan kemuncak sunday nite live di planet hollywood memecahkan rekod persembahan paling ramai bilangan penonton, persembahan paling havoc, persembahan paling menghiburkan dan persembahan paling berjaya. sambutan hangat itu pastinya membuat perut tauke ph semakin buncit kekenyangan dan poket pun bertambah isinya dengan keuntungan berganda.
yang saya perasan anuar zain dan dayang punya keserasian baik dari segi lagu dan personaliti. elok juga mereka dipasangkan untuk album duet pada masa mendatang. mesti laku ngetop punya. tambah lagi mereka kelihatan agak akrab sehingga menimbulkan gossip yang mengatakan mereka bercinta. mereka berdua menafikan dengan mengatakan mereka hanya bersahabat baik. elok la tu, jangan ada dusta antara kamu berdua sudah. kawan tu biar elok-elok sebab zaman sekarang ni ramai yang kawan makan kawan!
posted by ciklijah @ 04/04/2007 10:30 am pdthi rasenyer ni budi yg liza kenal mase kite pi era dulu igt tak i kawan sheri yg kije kat eh magazine dulu... kite penah jumper masa 20 yg anggun buat kat modesto
awak ader fotopages tak time kat situ sbb awak ader amek pics i dan makwe awak yg betudong tu tak silap ...awak ym kite nurliza77
sesenang chat la ekk byk soklan nak tanyer ni
posted by aliff @ 11/25/2006 09:49 am pstassalamualaikum..hai..saya peminat setia abg anuar zain.go abg anuar..i'm still support u always..wasalamposted by jakun @ 05/12/2006 05:41 pm pdtdayang artis sepanjang zaman she is the best singer............posted by din @ 10/29/2005 01:46 pm pdtdayan best dan cunposted by aby @ 10/29/2005 01:45 pm pdtdayng sentiasa cool dan tabah i love dayang .dayang artis melaysia terbaikdayang sayang kamuposted by arni @ 03/10/2005 07:37 pm pstsaya minat betul ngan dayang...tp tak pernah nak tengok live show dia..(kesiannya saya)..semua album dayang saya beli untuk mengubat rindu dengar suara dayang...best of luck to dayang..posted by e-zump @ 02/16/2005 04:29 pm pstwalaupun terlambat komen tai saya ingin sekali menulis sikit komen disini. saya rasa saya memang perasan 2 kembar seiras yang duduk atas speaker tu. so you ada kat sebelah tuk, i even caught u in my video cam. i was sitting kat meja belakang nanu & datuk tv3 and that's why we noticed ada budak yang hafal semua lagu anuar zain (budak kembar tu le). anyway, for me, personally the show was one of the happening show kat planet. walau pun dayang & anuar tak de sapa nak sponsor buat show macam siti nurhaliza, and sebagai peminat seni r'n'b saya amat menghargai effort yang telah di beri oleh anuar zain & dayang pada malam tersebut. tapi saya harus menyatakan di sini, pada minggu ke-dua show dayang & anuar zain lagi gempak. walaubagaimana sekali pun, i'm looking forward nak tengok show dayang dan anuar zain kat tv3 soon. ok idios dan semuga muzik tanah air lagi gempak dan gempak secara keseluruhannya dan penerimaan nya seratau asia dan dunia.posted by hanna_msa @ 01/09/2005 05:03 pm pstwow!aku minat giler ngan anuar n dayang. moga sukses selalu...posted by linda @ 01/04/2005 05:04 pm psthye...sy minat gler ngan anuar zain..xkish la sound system x best ker..asl dpt meet anuar zain.yeahh..n kpd sumer peminat dayang n anuar zain jgn luper dapatkn gabungan album terbaru mereka.rugi x bli....best...posted by adim @ 12/27/2004 02:03 pm pstdayang ngan anuar memang best...rugi tak pegi ari tu....posted by nana @ 12/22/2004 01:13 pm pstanuar, ini komen ikhlas ok. tapi, lebih elok kalau anuar potong rambut.kalau panjang, nampak muka anuar macam gelap. its very cute to see u in short hair!posted by jue @ 12/15/2004 10:51 am pstsaya minat abg nuar!!..posted by lintasan @ 12/13/2004 01:26 pm psttak pergi tengok tapi tengok sikit sedutan (terlalu sikit pun) di trek selebriti. rasanya suara keduanya kurang serasi tapi kalau tengok live, mungkin pandangan berbeza.posted by name @ 12/13/2004 12:22 pm pstwhat do you think of the show. i thought the sound system was really bad. may be because we were behind the stage or what, tak dengar sangat the suara. the show to me was not as good as expected. lacking the punch and uummmphh me think. |
leave a comment:
name
homepage (optional)
comments
previous entry
home
next entry
search lyrics, photos, celebrities?
enter your search terms
submit search form
web
budiey.blogdrive.com
let's chit ~ chat
visitors online
200){this.value=this.value.substr(0,200);alert('maximum number of characters reached.');}"
>message
20){this.value=this.value.substr(0,20);alert('maximum number of characters reached.');}"
onfocus="cleartext(this)">
my readers
notification
if you want to be updated on this weblog enter your email here:
budiey's photos
www.flickr.com
this is a flickr badge showing public photos from budiey. make your own badge here.
siti nurhaliza after married
photo after married
congrat datuk!
celebrate raya
siti & her hubby
forum szone is back!
website siti
urban siti
siti zone
siti & datuk k
minum ctea
siti kahwin
siti online
simply siti
siti fotopages
siti msn group
album hits!
nikki - maharani
sean ghazi - semalam
teater review
musical pi mai tang tu
wangi jadi saksi @ dbp
teater going north
bangsawan mahkota
teater roomie julie
teater rubiah @ ib
teater benda sulit
teater bangsat
teater life sdn bhd 3
makyung bandaraya
teater salina 2
teater salina 1
gema zafana @ ib
stage review
irama tanah pusaka ii
pengisian anugerah era 06
isu nani: mana jati diri?
ffm 19: gubra menang!
ae 06: calon akhir
konsert fantasia mawi
ffm19: arah filem kita?
konsert final af4
diddy & sheila @ muzikdiria
one in a million: part 2
one in a million & jutawan
akademi quran final
beza af & aq
ct & kat @ mentor
one in a million 1
dayang after 7 @ ph
zoom in jaclyn victor
mtv adibah noor
adibah noor part 1
bila mawi dipolitikkan
malaysian idol - final
konsert ae05
anugerah era05
ulasan ffm18
spiritualisme dewa
keputusan aim 12
promo peterpen @ ph
ulasan hitz 1 rtm
konsert siti @ rah 1
ramalan aim 12
anugerah sri angkasa 04-2
anugerah sri angkasa 04-2
keputusan oscar 77
amazing apm 2005
ramalan apm 2005
ulasan mtvaa 2005
pencalonan mtvaa 05
zoom-in bersama ning
konsert kemuncak siti
konsert ct @ jakarta
konsert ct @ indonesia
anuar & dayang @ ph
malaysian idol final 1
malaysian idol final 2
malam 20 anggun eh!
mtvaa 05 voting party
bersahur bersama era
corat coret ae 04
ramalan ae04: part 1
ramalan ae04: part 2
party ikon bh
konsert cokelat
ramalan aim 2004
komentar aim 2004
ulasan abp-bh
misha @ changkat
show ella @ ph
film review
cinta review
memoirs a geisha
fearless - jet li
hellboy review
the shutter review
awards
anugerah bintang popular
anugerah industri muzik
anugerah juara lagu 19
cameronian arts awards
mtv asia awards
oscar academy awards
grammy awards
brits awards
world music awards
get software
get adsense
google pack
concept
more me:
my jurnal blog
my photo blog
my arkib
sensasi selebriti
concept:
profile celebrityentertainmentstage reviewgossips
version: 7.0
official published:
27 jan 2004
photography: nikon d40
best viewer: 1024 x 768
statistic
view my stats
my network
celebrity
amber chia
artis melayu
blog hotfm
kevin zahri
my artis
sazzy falak
nana ke?
music
adibah nor
amy mastura
amy search
anita sarawak
anuar zain
butterfinggers
chrisye
cokelat
dayang nurfaizah
dewa
farah breep breep
hazami
jaclyn victor
just anuar
mawi af3
m. nasir
misha omar
nikki
ning official
ning clix
nora
noraniza idris
oag
peterpan
pop shuvit
p. ramlee
reshmonu
ruffedge
sean ghazi
sheila majid
shazzy
sheila on 7
slank
siti nurhaliza
the muffins
too phat
ve
vince
zainal abidin
actor
afdlin shauki
ako mustapha
hans isaac
samuel rizal
download
jaki online
jiwang
rohizad
asamboi
telatah
kyoll
masyuk.com
radio mp3
rock cintan
mp3 hitz
moghammer
torrent malaya
torrent jiwang
forum
ct-online
siti nurhaliza
sheila majid
misha
jaclyn
nana
fara fauzana
vince
anuar zain
ziana
siti sarah
yasminhani
noraniza idris
star world
gosip selebriti
ruben studdard
guy sebastian
gareth gates
simple plan
hoobastank
eminem
usher
oprah
robbie williams
josh groban
justin timberlake
westlife
avril lavigne
alicia keys
kylie minogue
norah jones
mariah carey
celine dion
britney spears
music global
read news
berita harian
harian metro
utusan malaysia
malaysia kini
mstar online
agenda daily
the star
n s t
harakah daily
malaysian today
malay mail
bernama
youth quake
tv fav
astro
t v 3
t v 9
8 t v
ntv7
r t m
wtv8
a x n
mentor
famili
oprah
mtv asia
af indosiar
discovery
american idol
channel v
the apprentice
magazines
eh!
fhm
time
klue
faces
seventeen
blu inc
seventeen m'sia
mens health
galaxie
glam
karangkraf
manja singapore
menshealth.com
profile
showstoppin' blogger who is passionate with showbiz
my stats
malay
179 cm
75 kg
1 ogos 1976
sentul perdana
kuala lumpur
media blogger
freelance journalist
photographer
my hobby
watching tv
reading
surfing internet
writing
travelling
chatting
teater
music
work out
blogging
hugging!
my colour
maroon
green
white
my gadget
acer 3620 aspirenokia n-gagenokia 5300nikon d40ipod 30gb
my hung up
california fitnesscoffee beandomesecrets recipes
my place
suria klccmasjid jamekmidvalleybukit bintangistana budayathe actors studiorapid kl
my must see
buletin utamaamerican idolextreem makeoverheroeslostbeat tvmuzikdiriacsisiri 24fear factorsurvivorthe apprenticethe amazing raceoprah winfreytrek selebritiiklan!
my fav radio
hot.fmera.fmthr.fmhitz.fmx-fresh
my fav deejay
farah fauzanafaizal ismailnana
my hos
fedtri yahyanizal mohammadkaram singh walia
my fav reporter
farihad shallazubirzul husnihaswarisyazwan kosmo!
my lagenda
dr. usman awangp. ramlee
my fav film
superman spidermanscreamred eyethe shutter
my fav singer
sheila majidjacklyn victorla luna amr diabnancy ajrammike indon idoltoo phatanuar zainsiti nurhalizadayang nurfaizah rossaning baizuragareth gatesguy sebastianlinkin parkmawi af3
my fav actor
afdlin shaukisaiful apekako mustaphakiefer sutherlandtom hank
my fav actress
maya karinsofia janenasha azizcameron diazdrew barrymore
credit
Acceuil
suivante
[---~*enter-tainment blog*~---] Bobby Allison Title Search Look who‘s NoT TaLkiNg MaxDelivery Manhattan, NYC Delivery DVD Category - Foreign dOc Power Search Results Siempre Libre Médiathèque de Pontonx => DVD & Vidéos L’Oeil sur l’Ecran » Films des années 1990-1999 Sky's Book News & Other Things List of Planets in Science Fiction - SciFi/Fantasy Wiki Foreign Press Review Bekarov, Yikre Lekha Mashehu Tov Nouvelle chance I. Graduate Degrees Awarded Ph.D. Degrees M.S. Degrees Appendices Live Coverage of 2004 Grand Prix Paris Live Coverage of 2004 Grand Prix Paris Sheehan Labels Bush's White House: "A Crime Scene!" (by William ... Revue Paris Match Hamilton Obits Aniversários N-Z 1979 in History Teeter's Page Sparkassen City Classics 2006 - Teilnehmerliste INDEX 66 Nineteenth-Century American Fiction on Screen - Cambridge ... Tributes to Roger Silverstone Scientology : members of the IAS Jewish Film Archive Online Lexikon des Internationalen Films Notre Dame blog. Cleveland sports blog. Kanka's Sports Page. Expresso: Uma rapsódia americana em dez andamentos Perspective: The Librarian: and so it begins Patentee Index treatmnent, treatm-ent, San Francisco Film Festival 2002 Amici Bassotto Club - SOCIALE BOLOGNA 2005 TAOARTE 2002 1.Diamond Award Jayne Collins Casting CDG Home Sales RandomPottins: November 2006 Прогноз распределения игроков в первом раунде - NBA-CENTER.RU Learn Tai Chi and Qigong in London England UK January 2006 Archives from Planck's Constant RE: "24" - Staffel 5 Tri-Colleges » Subject Portal » Film and Media Studies » Research ... CINEMA RITROVATO 2005.indd Prison Broken Photo - The Hollywood Gossip fRoots Reviews Index - D Jewish Journal Archives TELEFILM - SERIE TV Mark Byron DVD REALISATEURS Dark Angels Hundenamen-ABC-Rueden 2001 Video - O Cinema esta aqui! AboutFilm.Com - The Films of 2002 2006 Community Report Andre Oboler's Reading List Science/AAAS Table of Contents: 16 April 2004; 304 (5669) Welcome to alt.anagrams Trouver tous les DVD par Titre, commençant par la lettre U